Pendakian gunung di kawasan hutan tropika telah menjadi salah satu pengisian pilihan ramai bagi aktiviti lasak rekreasi luar di Malaysia. Rata-rata aktiviti pendakian atau jelajah gunung (mountain trekking) dijalankan di persekitaran hutan semulajadi yang berlatarbelakangkan sumber rekreasi dan ekopelancongan yang masih asli. Kebanyakan rentis gunung atau rentis di hutan semulajadi telah wujud sejak sekian lama dan mungkin telah digunakan oleh generasi terdahulu sebagai laluan perhubungan dan mungkin juga ia turut dikongsi sama oleh hidupan liar sebagai denai dan kawasan keliaran.
Walaupun rentis pendakian menuju puncak Gunung Tahan tidak memerlukan individu mempunyai kemahiran teknikal pendakian (seperti penggunaan tali, kapak ais, mendaki tembok batu dll) beberapa kemahiran seperti penggunaan alat perkhemahan dan asas pertolongan cemas adalah sangat penting. Perlu diingatkan laluan pendakian yang akan ditempuhi adalah pelbagai situasi (menaik-menurun-memanjat-menyeberang sungai) yang mana ia mampu memberi tekanan berlebihan terhadap buku lali, lutut dan seluruh anggota badan oleh itu pendaki perlu sentiasa berhati-hati serta mendengar arahan atau mendapatkan pandangan pemandu arah/ guide.
1. Berjalan/ Trekking Dengan Selamat
- Pastikan sentiasa berjalan di atas rentis sediada, dilarang membuka rentis baru. buddy system (sistem berpasangan). trekking tamat sebelum hari gelap, jika terpaksa berjalan dalam gelap pastikan berjalan dalam satu kumpulan besar. Dilarang membuat bising untuk mengelakkan ganguan kepada hidupan liar. fly sheet). Elakkan berlindung berhampiran pokok besar dan perhatikan aras dan arus sungai kerana di kawasan hutan kejadian kepala air atau kenaikan mendadak air sungai mudah berlaku.
- Jangan berpecah dan sentiasalah berada bersama kumpulan, jangan bergerak supaya anda mudah dicari dan ditemui jika perlu, bergerak ke tempat yang mudah pasukan pencari dan penyelamat mendengar atau melihat isyarat kecemasan anda.
- Sentiasa perhati langkah dan tempat anda berpijak atau berpaut.
- Kawal tingkahlaku jangan terlalu gembira dan bersuka-suka.
- Jaga tutur kata dan jangan terlalu celupar.
- Rancang perjalanan dan bawa bekalan makanan secukupnya, sebaiknya bawa bekalan makanan kecemasan yang disimpan dan tersorok di dalam beg.
- Beri perhatian lebih semasa perjalanan turun kerana kebiasaannya kecederaan/ kemalangan mudah berlaku pada waktu ini.
- Jika anda tersesat atau salah jalan, STOP
S – Berhenti (stop)
T – Fikir (think)
O – Perhati (observe)
P – Rancang (plan)
- Bawa keluar apa-apa yang dibawa masuk. (Pack it in – Pack it out) . Tinggalkan Apa Yang Anda Lihat ; Jumpa
- Sisa makanan ditanam dalam lubang sekurang-kurangnya 30cm dan dikambus semula tanpa meninggalkan sebarang kesan.
- Bawa keluar tin-tin makanan dan tabung gas untuk memasak yang telah kosong. Jangan sekali-kali ditinggalkan.
- Jangan tinggalkan apa-apa sampah di atas rentis terutama bungkusan makanan yang dibuka ketika berhenti rehat
- Semasa berjalan kutip apa jua sampah/bahan asing yang tidak sepatutnya berada di atas rentis dan simpan untuk pelupusan yang sepatutnya.
- Bersihkan tapak khemah dari sampah sebelum anda meninggalkan kawasan perkhemahan termasuklah yang telah ditinggalkan oleh kumpulan terdahulu jika ada.
- Najis manusia hendaklah dibuang dalam lubang yang digali sedalam 20 cm atau sekaki dan sekurang-kurangnya 200 kaki dari punca air, khemah dan rentis. Timbus semula lubang tersebut apabila selesai digunakan
- Bawa keluar tisu tandas dan barang kegunaan sendiri seperi sabun dll.
- Ditempat-tempat yang di sediakan tandas, gunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin, selenggarakan dengan sempurna selepas guna dan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan yang terdapat kemudahan tandas.
- Tuala wanita hendaklah dibungkus sebaiknya dan dinasihatkan supaya dibawa keluar. Elakkan dibuang di dalam hutan.
- Biarkan apa yang dilihat atau ditemui dalam keadaan semulajadi.
- Biarkan segala batuan, bahan galian, tumbuhan, hidupan liar, serangga dan bahan sejarah atau artifak yang anda temui dalam keadaan semulajadi
Digalakkan kepada bakal pendaki membuat persediaan fizikal sebelum cuba menawan Gunung Tahan dan Gunung Benom, antaranya latihan jogging atau berjalan, berbasikal, berlari, berenang dan senaman adalah baik untuk menguatkan sistem kardiovaskular individu. Secara amnya apa-apa senaman atau pergerakan fizikal yang meningkatkan kadar degupan jantung selama lebih kurang 20 minit sehari mampu mambantu. Gunung Tahan dan Gunung Benom terletak di Semenanjung Malaysia dalam Asia Tenggara merupakan salah satu kawasan yang mempunyai endemik malaria di dunia ini.
- Semasa ekspedisi setiap pendaki perlu berfikiran positif dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang situasi.
- Mempunyai fizikal dan kekuatan fizikal yang baik.
- Tiada masalah jantung dan pernafasan.
- Mempunyai lutut dan buku lali yang sihat dan baik.
- Berjalan mengikut langkah sendiri dan ambil masa serta tahu had kekuatan fizikal anda.
- Dapatkan nasihat doktor jika anda sedang mengambil sebarang ubat atau mempunyai masalah kesihatan.
- Setiap individu digalakkan mempunyai bekalan ubat dan minyak urut yang dibawa sendiri.
Apa itu Malaria:
- Malaria adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut.
- Manusia mendapat malaria akibat daripada gigitan nyamuk yang telah dijangkiti kuman malaria.
Teknik pencegahan adalah dengan cara mengambil ubat antimalaria atau mengelak dari digigit nyamuk. Pil antimalaria boleh didapati dari farmasi.
- Seperti dijangkiti selsema, termasuk menggeletar/ terketar-ketar, sakit kepala, kesakitan otot dan keletihan.
- Rasa loya/ mual, cirit-birit dan muntah-muntah juga boleh berlaku.
- Anemia dan Jaudice (penyakit kuning – kulit dan mata) akibat kekurangan/ kehilangan sel darah merah.
- Jika tidak/ lewat dirawat boleh menyebabkan kekeliruan minda, koma, kegagalan buah pinggang dan kematian.
3. Iklim dan Cuaca
- Malaysia yang terletak berhampiran garisan khatulistiwa antara garisan lintang 10° dan 70° Utara dan garisan bujur 100° dan 119° Timur mengalami iklim jenis tropika.
- Lazimnya suhu harian adalah seragam sepanjang tahun iaitu antara 21°C hingga 32°C, namun di dalam hutan dan kawasan tanah tinggi pada waktu malam suhu boleh turun sehingga 15°C.
- Kelembapan adalah tinggi iaitu 80% dan purata hujan lebih kurang 2000mm setahun.
- Musim hujan di Gunung Tahan dan Gunung Benom biasanya antara November hingga Januari. Oleh itu disyorkan masa terbaik untuk pendakian adalah antara bulan Mac hingga Ogos.
- Diingatkan kepada pendaki Gunung Tahan dan Gunung Benom perlu sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan cuaca.
- Lazimnya iklim Malaysia terbahagi kepada dua musim, iaitu musim monson barat daya dan musim monson timur laut ia tertakluk kepada pengaruh laut dan perubahan sistem angin yang bertiup dari lautan Hindi dan laut China Selatan.
4. Hormati Hidupan Liar
- Jika terserempak dengan hidupan liar elakkan pertembungan secara berhadapan sebaik-baiknya berundur perlahan-lahan dan jangan sekali-kali melakukan pergerakan yang boleh membuatkan hidupan liar terkejut dan rasa tercabar.
- Perhati hidupan liar dari jarak yang selamat, jangan ikut atau menghampiri ia.
- Elakkan memberi makan atau meninggalkan makanan untuk dimakan hidupan liar.
- Lindungi hidupan liar dari makanan anda dengan menyimpannya di tempat selamat.
5. Leave No Trace Ethics (Etika Beraktiviti di Kawasan Semulajadi)
"Take Nothing But Picture, Leave Nothing But Foot Prints"
Gunung-gunung ini adalah sumber semulajadi yang perlu dilindungi dan seharusnya tidak dikorbankan hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Jabatan-jabatan kerajaan berusaha menyedarkan orang ramai melalui penyebaran maklumat dan percaya jika masyarakat dididik mereka pasti akan membantu dalam usaha-usaha yang dibuat untuk melindungi dan mengekalkan sumber semulajadi.
kredit to Jabatan Perhutanan.
No comments:
Post a Comment